PANDUAN PENGURUSAN BARANG DIJUMPAI


1.     Terima barang-barang dijumpai

      a.  Periksa barang-barang yang dijumpai
      b.  Rekod barang-barang dalam Buku Rekod Barang Dijumpai:
          i.   Tarikh
          ii.   Staf yang menjumpai barang tersebut
          iii.   Maklumat berkaitan barang yang dijumpai
          iv.   nombor siri
      c.  Labelkan nombor siri barangan

2.     Klasifikasikan barang–barang seperti berikut:

      a.  Berharga:- Contohnya wang tunai, barang-barang berharga seperti barang kemas, computer riba dan lain-lain.
      b.  Kurang berharga:- Contohnya payung, kotak pensil, kalkulator dan lain-lain.
      c.  Dokumen:- Contohnya kad pintar, kad pengenalan, kad ATM dan lain-lain.

3.     Hubungi pemilik barang jika mempunyai maklumat.

4.     Simpan barang-barang yang dijumpai:

    Semua barang-barang yang dijumpai disimpan di tempat yang dikhaskan dan berkunci iaitu almari besi / kotak pameran barang hilang.

5.     Buat hebahan

    Hebahan barang hilang dibuat untuk tempoh satu bulan di lokasi-lokasi yang telah dikenalpasti.

6.     Serah kepada Jabatan Keselamatan

    Semua barang-barang yang tidak dituntut selepas cukup satu bulan hebahan dibuat diserahkan kepada Jabatan Keselamatan.