DASAR PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


1.    LATAR BELAKANG
    Dasar Pengkatalogan dan Pengkelasan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia digubalbagi memastikan proses pengkatalogan serta pengkelasan setiap bahan sumber maklumat yang terdapat di Perpustakaan USM dapat dilaksanakan dengan seragamdalam usaha mencapai Visi, Misi dan Dasar Kualiti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia.
2.    SKOP
    Dasar Pengkatalogan dan Pengkelasan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ini merangkumi semua proses dan aktiviti yang berkaitan dengan pengkatalogan dan pengkelasan bagi bahan yang diterima daripada Bahagian Perolehan (bahan bercetak dan bukan bercetak).
3.    PERNYATAAN DASAR
    Dasar ini digubal bagi memastikan proses pengkatalogan dan pengkelasan adalah mengikut standard dan piawaian antarabangsa, memastikan rekod bibliografik bahan adalah lengkap dan tepat dan memastikan bahan yang telah diproses dapat diakses oleh pengguna Perpustakaan dengan mudah dan cepat.
4.    DEFINISI
    4.1  Pengkatalogan dan Pengkelasan
    Memberi tajuk perkara dan nombor kelas serta melengkapkan rekod bibliografik dengan mengedit/menginput entri di dalam SBDTP mengikut piawaian yang ditetapkan.
    4.2  Pengkatalogan Asal
    Melengkapkan rekod bibliografik dengan tajuk perkara dan nombor kelas oleh pengkatalog.
    4.3  Pengkatalogan Salinan
    Pengkatalogan berdasarkan rekod bibliografik dari sumber yang lengkap dengan tajuk perkara dan nombor kelas Library of Congress atau National Library of Medicine.
    4.4  Pemprosesan Akhir Bahan
    Mencetak, menyemak dan menampal label (nombor panggilan, Rujukan dan lain-lain) serta laminator pada bahan dan juga mengecop kategori dan lokasi bahan.
5.    OBJEKTIF

    5.1  Menyediakan garis panduan yang akan dirujuk dalam aktiviti pengkatalogan dan pengkelasan bahan sumber maklumat bagi menyokong program pengajaran, pembelajaran, perundingan dan penyelidikan Universiti.
    5.2  Menjadikan Perpustakaan sebagai pusat rujukan maklumat bagi menyokong kecemerlangan Universiti dengan menyediakan kemudahan akses mengikut standard dan piawaian antarabangsa.
6.    PERNYATAAN AM

    6.1  Bibliografi
    Rekod bibliografi yang akan diwujud atau disunting perlu merujuk kepada piawaian bibliografi antarabangsa semasa iaitu Resource Description and Access (RDA), MARC 21 for Bibliographic Data dan Notes on MARC21 tag parameters.Selain daripada deskripsi bibliografi, proses pengkatalogan dan pengkelasan juga merangkumi penentuan tajuk nama, tajuk perkara dan nombor panggilan.
    6.2  Jenis Bahan
    Bahan sumber maklumat Perpustakaan terdiri daripada buku, buku elektronik, majalah, jurnal akademik, jurnal elektronik, bahan media, bahan mikrobentuk, risalah dan pelbagai format lain. Kesemua bahan-bahan ini mengandungi maklumat yang menyokong keperluan pengajaran, pembelajaran, penyelidikan dan perundingan di Universiti Sains Malaysia.
    6.3  Jenis Pengkatalogan
    Pengkatalogan dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu pengkatalogan salinan dan pengkatalogan asal.
        6.3.1  Pengkatalogan asal.
        i.    Rekod asal diwujudkan hanya apabila rekod tidak terdapat di dalam mana-mana sumber.
        ii.    Rekod memerlukan pengkatalogan deskriptif dan pengkatalogan subjek.
        iii.    Pengkatalogan dibuat oleh pustakawan.
        6.3.2  Pengkatalogan salinan.
        i.    Mempunyai rekod lengkap iaitu mempunyai tajuk perkara dan nombor kelas yang diambil daripada OPAC luar.
        ii.    Memerlukan suntingan mengikut dasar yang ditetapkan.
        iii.    Pengkatalogan dibuat oleh Pembantu Pustakawan.
7.    PROSES PENGKATALOGAN DAN PENGKELASAN

    7.1  Pengkatalogan deskriptif
    Pengkatalogan deskriptif adalah satu fasa dalam proses mengkatalog yang berkaitan dengan menentukan bentuk fizikal bahan, penanggungjawab dan titik akses bahan.
    7.2  Pengkatalogan subjek
    Pengkatalogan subjek merangkumi dua (2) aktiviti seperti berikut:
        7.2.1  Menentukan topik dalam bahan melalui analisis subjek.
        7.2.2  Mengemukakan topik ini melalui tajuk perkara serta notasi klasifikasi yang standard.
    7.3  Nombor panggilan
    Nombor panggilan bagi setiap judul monograf adalah unik. Nombor panggilan bagi setiap bahan perlu merangkumi perkara-perkara berikut iaitu tahun penerbitan, cuttering, simbol saiz (size prefix) dan simbol lokasi (location prefix).
    7.4  Nombor perolehan
    Nombor perolehan merupakan nombor bersiri yang unik bagi setiap naskhah buku yang diperolehi oleh Perpustakaan. Nombor perolehan diberikan oleh Bahagian Perolehan sebaik saja sesebuah naskhah itu diterima.
    7.5  Pemprosesan akhir bahan
    Pemprosesan akhir bahan perlu dilakukan untuk memastikan bahan yang akan dihantar keluar telah mencapai piawaian yang ditetapkan.
8.    PENYELENGGARAAN REKOD KATALOG

    Penyelenggaraan rekod katalog perlu dilakukan secara berkala bagi memastikan rekod sentiasa mengikut piawaian yang ditetapkan. Penyelenggaraan tersebut adalah sebagaimana berikut:
    8.1  Pengkatalogan semula
    Pengkatalogan semula adalahmembuat perubahan pengkatalogan pada rekod-rekod bibliografi yang telah dikatalog.
    8.2  Pengkelasan semula
    Pengkelasan semula merupakan tambahan kepada pengkatalogan semula yang selalunya melibatkan perubahan pada nombor panggilan, perubahan pada nombor pengkelasan.
    8.3  Penyuntingan rekod
    Penyuntingan rekod dilakukan apabila terdapat entri yang perlu disunting mengikut piawaian yang telah ditetapkan.
    8.4  Pembatalan rekod
    Pembatalan rekod dilakukan apabila terdapat rekod judul dan/atau rekod naskhah yang perlu dibatalkan daripada SBDTP sama ada disebabkan oleh duplikasi atau bahan dilupuskan dan sebagainya.
9.    PINDAAN DASAR
    Kajian semula dasar akan dibuat berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua Pustakawan.
10.    PEMAKAIAN DASAR

    Dasar ini hendaklah diguna pakai bersama-sama dokumen berikut:
    10.1  Manual Pengkatalogan dan Pengkelasan
    10.2  Modifikasi Class : DS – History Of Malaysia & Singapore (PL- Oceanic Languages)
    10.3  Modifikasi Class LG395-396.9 : Individual Institutions In Brunei , Singapore & Malaysia
    10.4  Panduan Pemprosesan Akhir Bahan
    10.5  Notes on MARC21 Tag Parameters
    10.6  Senarai Bahan-Bahan yang Dikelas Mengikut Siri
    10.7  Panduan Pengkatalogan Bahan Media
    10.8  LOC Web Classification
    10.9  Standard Entri Pengkatalogan Malaysia: Nama Orang Perseorangan
    10.10  Panduan RDA (Resource Description and Access) Malaysia
    10.11  Library of Congress : MARC Standards for list for Countries, Geographic Areas (GAC), Languages etc
    10.12  NLM Classification (PHT sahaja)
    10.13  Medical Subject Headings (MeSH) (PHT sahaja)
    10.14  RDA Toolkit Resourse Description and Access
    10.15  Cutter–Sanborn. Three-Figure Author Table
    10.16  Serial Cataloging Handbook
    10.17  Notes For Serials Cataloging
    10.18  RDA and Serial Cataloging

Pemilik Dasar ini Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Pegawai bertanggungjawab Ketua Pustakawan
Diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perpustakaan
Tarikh kuatkuasa
Pihak yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Dasar ini Ketua Bahagian Pengkatalogan

                 Ketua Pustakawan boleh mengambil tindakan pentadbiran yang sesuai untuk melaksanakan Dasar
                 ini agar selari dengan hasrat dan tujuan Dasar ini digubal dan dilaksanakan.