DASAR PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA

JAWATANKUASA PENGURUSAN PERPUSTAKAAN


1.    LATAR BELAKANG
    Dasar Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia digubal bagi memenuhi keperluan pelanggan dalam usaha mencapai Visi, Misi dan Dasar Kualiti Perpustakaan Universiti Sains Malaysia:
2.    SKOP
    Dasar Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ini merangkumi aktiviti yang berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan Perpustakaan meliputi perkhidmatan sirkulasi, rujukan, pendidikan pengguna, perundingan, sokongan penyelidikan, penyebaran maklumat sertapengumpulan dan pengurusan data penerbitan USM.
3.    KENYATAAN DASAR
    Dasar ini digubal bagi memastikan semua perkhidmatan yang disediakan dapat disampaikan kepada pelanggan dengan lebih cekap, lancar dan berkesan.
4.    DEFINISI
    Dasar Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Sains Malaysia ialah panduan yang dirangka dan disusun untuk rujukan bagi tujuan memperbaiki kemudahan serta memenuhi keperluan-keperluan pelanggan di Perpustakaan.
    4.1  Pelanggan
    Pelanggan bermaksud pengguna yang menggunakan Perpustakaan atau perkhidmatannya atau orang yang mendapat faedah secara langsung daripada perkhidmatan yang ditawarkan oleh Perpustakaan.
    4.2  Perkhidmatan Pelanggan
    Perkhidmatan Pelanggan bermaksud perkhidmatan atau kemudahan yang disediakan atau diberikan oleh Perpustakaan untuk kegunaan pelanggan Perpustakaan bagi memenuhi keperluan pelanggan.
    4.3  Perkhidmatan Sirkulasi
    Merujuk kepada aktiviti pinjaman, pemulangan, pembaharuan dan tempahan bahan Perpustakaan di semua kaunter perkhidmatan atau secara dalam talian.
    4.4  Pengguna Perpustakaan
    Individu yang berdaftar keahlian dengan Perpustakaan.
    4.5  Bahan Perpustakaan
    Buku, majalah, tesis, bahan media, mikrobentuk, keratan akhbar, risalah dan bahan Pinjaman Antara Perpustakaan dalam bentuk bercetak dan/atau elektronik.
    4.6  Penasihat Pembaca
    Pegawai yang bertugas di Meja Penasihat Pembaca.
    4.7  Peraturan Perpustakaan
    Peraturan Perpustakaan diwujudkan sebagai garis panduan kepada staf dan pelanggan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan Perpustakaan.
5.    OBJEKTIF
    a) Menyediakan dan menyampaikan perkhidmatan yang terbaik dan berkesan secara optimum melalui penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat bagi menyokong program pengajaran, pembelajaran, perundingan dan penyelidikan Universiti.
    b) Menjadikan Perpustakaan sebagai pusat rujukan maklumat bagi menyokong kecemerlangan Universiti.
6.    KEAHLIAN PERPUSTAKAAN
    a) Staf dan Pelajar Universiti Sains Malaysia adalah ahli Perpustakaan
    b) Individu selain staf dan pelajar USM perlu mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pustakawan untuk menjadi ahli Perpustakaan.
    c) Semua pelanggan Perpustakaan tertakluk kepada Peraturan Perpustakaan dan Akta Hakcipta 1987.
    d) Pelanggan berdaftar layak menerima perkhidmatan Perpustakaan.
7.    JENIS-JENIS PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN
    Perkhidmatan Perpustakaan yang ditawarkan kepada semua pengguna adalah seperti berikut:
    a) Sirkulasi
    b) Rujukan
    c) Penyelidikan Pengguna
    d) Perundingan
    e) Sokongan Penyelidikan
    f) Penyebaran Maklumat
    g) Pengumpulan dan penyebaran data penerbitan USM
    7.1   PERKHIDMATAN SIRKULASI
    a) Ahli Perpustakaan layak untuk membuat pinjaman termasuk Pinjaman Antara Perpustakaan atau tempahan berdasarkan peraturan yang ditetapkan.
    b) Pemulangan/pembaharuan bahan mesti dibuat sebelum atau pada tarikh akhir pinjaman mengikut peraturan yang telah ditetapkan.
    c) Perpustakaan berhak mengenakan denda dan tindakan disiplin terhadap pengguna yang menyalahi Peraturan Pinjaman Perpustakaan.
    d) Kelayakan pinjaman bagi ahli Perpustakaan tertakluk kepada Peraturan Pinjaman Perpustakaan dan Peraturan Perpustakaan.
    e) Ketua Pustakawan berhak memanggil balik bahan-bahan yang telah dipinjam pada bila-bila masa walaupun tempoh pinjaman belum berakhir.
    f) Perkhidmatan pinjaman bahan di Bahagian Malaysiana dan Arkib merupakan pinjaman terhad untuk rujukan dalaman sahaja.
    g) Perkhidmatan pinjaman dan muat turun bahan mikrobentuk yang memerlukan penggunaan mesin khusus akan dibantu oleh staf yang bertugas di BilikKoleksi Mikrobentuk.
    7.2   PERKHIDMATAN RUJUKAN
    a) Perkhidmatan rujukan dan maklumat merangkumi aktiviti melayan pertanyaan, member khidmat nasihat dan membekal sumber maklumat Perpustakaan.
    7.3   PERKHIDMATAN PENDIDIKAN PENGGUNA
    a) Pendidikan pengguna ditawarkan kepada pelanggan Perpustakaan yang berdaftar (warga USM) bagi memberi pendedahan dan meningkatkantahapliterasimaklumatserta memenuhi keperluan pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan Universiti selaras dengan perubahan teknologi dan trend terkini.
    7.4   PERKHIDMATAN PERUNDINGAN
    a) Perkhidmatan ini menawarkan khidmat kepakaran kepustakawanan kepada agensi dalam dan luar USM.
    b) Perkhidmatan ini dikenakan bayaran berdasarkan persetujuan yang dicapai.
    7.5   PERKHIDMATAN SOKONGAN PENYELIDIKAN
    a) Sokongan penyelidikan berfokus kepada aktiviti rundingcara dan aktiviti kolaborasi bersama pusat pengajian dan pusat penyelidikan di Universiti.
    7.6   PENYEBARAN MAKLUMAT
    a) Penyebaran maklumat Perpustakaan dibuat secara fizikal dan maya mengikut perkembangan teknologi terkini.
    b) Perkhidmatan sumber elektronik yang ditawarkan oleh Perpustakaan adalah tertakluk kepada terma, syarat dan perjanjian lesen. Pengguna bertanggungjawab secara individu untuk mematuhi terma ini. Penggunaan komersil dan memuatturun, menyalin atau mengedarkan maklumat secara sistematik adalah dilarang.
    c) Perkhidmatan ini adalah bagi meuar-uarkan maklumat dan perkhidmatan Perpustakaan yang terkini di samping mendapatkan maklum balas daripada pengguna bagi tujuan penambahbaikan perkhidmatan Perpustakaan.
    7.7   PEMBEKALAN DATA PENERBITAN UNIVERSITI
    a) Perkhidmatan ini dijalankan untuk memenuhi keperluan peringkat Universiti, nasional dan antarabangsa seperti penilaian kenaikan pangkat, laporan penerbitan Universiti, webometric, penarafan universiti dan sebagainya diantaranya Penilaian Tapak untuk pencapaian Universiti Penyelidikan (MyRA) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
8.    PINDAAN DASAR
    Kajian semula dasar akan dibuat berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua Pustakawan.
9.    PEMAKAIAN DASAR
    Dasar ini hendaklah diguna pakai bersama Panduan Perkhidmatan Perpustakaan, Peraturan Pinjaman Perpustakaan, Peraturan Perpustakaan, Kadar Berbayar Perpustakaan,Dasar Koleksi Malaysiana dan Arkib, Dasar Pemeliharaan dan Pemuliharaan Sumber Maklumat dan Manual Perniagaan Universiti Sains Malaysia.
Pemilik Dasar ini Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Pegawai bertanggungjawab Ketua Pustakawan
Diperakukan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perpustakaan ke-115 pada 20 Februari 2018
Tarikh kuatkuasa 20 Februari 2018
Pihak yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Dasar ini Ketua Bahagian Sirkulasi

                 Ketua Pustakawan boleh mengambil tindakan pentadbiran yang sesuai untuk melaksanakan Dasar
                 ini agar selari dengan hasrat dan tujuan Dasar ini digubal dan dilaksanakan.