PANDUAN MENJILID


I.    MAJALAH
      A.  Penyemakan Isu
      • Majalah adalah bahan terbitan berkala. Aspek penting semasa menyemak dan mengumpul isu untuk dijilid ialah mengetahui jumlah terbitan isu (frequency) bagi setiap judul.
      • Majalah adalah bahan terbitan berkala. Aspek penting semasa menyemak dan mengumpul isu untuk dijilid ialah mengetahui jumlah terbitan isu (frequency) bagi setiap judul.
      • Majalah adalah bahan terbitan berkala. Aspek penting semasa menyemak dan mengumpul isu untuk dijilid ialah mengetahui jumlah terbitan isu (frequency) bagi setiap judul.
      • Majalah adalah bahan terbitan berkala. Aspek penting semasa menyemak dan mengumpul isu untuk dijilid ialah mengetahui jumlah terbitan isu (frequency) bagi setiap judul.
        B.  Penyediaan Bahan
        • Untuk majalah yang semua isu telah diterima dan sebelum dihantar ke Bengkel Jilid, pastikan perkara-perkara berikut:
          1.  Ketebalan Jilid

          • Tidak melebihi 2½ inci untuk satu Jilid.
          • Sekiranya ketebalan melebihi dari 2 ½ inci, asingkan untuk menjadi 2 jilid. Setiap jilid mestilah mempunyai muka surat judul (title page) yang menunjukkan jilid (volume) nombor isu, tahun dan muka surat (tertakluk kepada keperluan) yang terdapat dalam jilid berkenaan.
          2.  Kulit Isu

          • Kulit bagi setiap isu ditanggalkan dan dibuang.
          • Bagi judul majalah yang mempunyai banyak isu seperti majalah mingguan, contohnya (Time, Newsweek) kulit tidak ditanggalkan tetapi diguna sebagai tanda untuk mengasingkan satu isu dari isu yang lain.
          3.  Muka Surat (Title page)

          • Gunakan muka surat judul yang dibekalkan oleh penerbit Sekiranya ada. (Sila rujuk kepada nota yang tercatat dalam Rekod Penjilidin atau rekod dalam SBSTP).
          • Majalah yang tiada muka surat judul, sediakan muka surat dengan mencetak/menaip judul, jilid (volume) nombor isu, tahun dan muka surat kandungan (tertakluk kepada keperluan) yang terdapat dalam jilid berkenaan di atas kertas. (Hanya kertas putih digunakan)
          4.  Muka Surat Isi Kandungan (Content page)

          • Pastikan muka surat isi kandungan setiap isu yang dibekalkan oleh penerbit disusun di hadapan selepas muka surat judul (Sila rujuk kepada nota yang tercatat dalam Rekod Penjilidin atau rekod dalam SBSTP).
          • Sekiranya muka surat isi kandungan tidak dibekalkan, semak di kulit majalah. Gunakan kulit tersebut sebagai isi kandungan. Buat salinan fotostet sekiranya kulit terlalu tebal (kulit tebal Menyukarkan untuk dijahit).
          • Sekiranya nombor muka surat isu tidak berturutan, kekalkan kulit hadapan sebagai isi kandungan. Atau gunakan budi bicara untuk susunan muka surat.
          5.  Muka Surat Indeks

          • Sekiranya muka surat indeks untuk pengarang, judul, subjek dan artikel dibekalkan oleh penerbit, susun indeks ini selepas isu terakhir yang terdapat dalam jilid berkenaan. (Sila rujuk kepada nota yang tercatat dalam Rekod Penjilidin atau rekod dalam SBSTP).
        II.    SURAT KHABAR
            
          • Pastikan semua isu untuk keluaran satu bulan diterima. Jika Terdapat isu yang hilang, catatkan tarikh pada ruang ‘Keluaran yang tiada’ di ‘Buku Rekod Penjilidan Surat khabar’.
          • Jilidan lengkap dibuat untuk The New Straits Times/The Sunday Times, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, Berita Harian/Berita Minggu dan The Star/The Sunday Star. Untuk The Star/The Sunday Star dibuat mikrofilem sebelum dijilid. Lengkapkan butiran dalam Buku Rekod Penjilidin Surat khabar sebelum dihantar ke Unit Reprografi dan Pinjaman Antara Perpustakaan.
          • Surat khabar yang lain seperti Nanyang Siang Pau, Kwong Wah Jit Poh, jilidan kad manila 6 syit atau vanguard digunakan sebagai kulit.
        III.    BUKU
            
          • Susunan isi kandungan buku dikekalkan. Kulit buku yan gasal digunakan sekiranya tahap kerosakannya masih boleh dibaiki. Sekiranya tidak boleh dibaiki, kulit buku dibuang.
          6.  Jahitan
            Jenis-jenis jahitan digunakan untuk majalah dan buku
            Jahitan kuras (Section sewing)

          • Bagi majalah yang mempunyai banyak isu, bahagian(sections and parts) contohnya Time, Newsweek, jahitan kuras mestilah digunakan.
          • Jahitan kuras juga digunakan untuk bahan yang isi kandungannya dicetak terlalu dekat dengan tulang buku (spine), iaitu 1 inci atau kurang dari 1 inci lebarnya. Digunakan juga untuk buku yang ketebalannya melebihi dari 2 inci. Jahitan kuras digunakan untuk mudah membaca.
            Jahitan Tepi (Side stitching)

          • Bagi majalah yang mempunyai banyak isu, bahagian (sections and parts) contohnya Time, Newsweek, jahitan kuras mestilah digunakan.
          • Jahitan kuras juga digunakan untuk bahan yang isi kandungannya dicetak terlalu dekat dengan tulang buku (spine), iaitu 1 inci atau kurang dari 1 inci lebarnya. Digunakan juga untuk buku yang ketebalannya melebihi dari 2 inci. Jahitan kuras digunakan untuk mudah membaca.
          7.  Jenis Kulit
            Kad Manila (Manila Card)

          • Digunakan untuk bahan salinan fotostet, contohnya: laporan, risalah, bahan salinan fotostet yang nipis, tidak melebihi 100 muka surat, pada kebiasaannya tidak ditambah ke stok Perpustakaan, bukan bahan Rujukan untuk kegunaan pengguna Perpustakaan. Penggunaan kad manila juga bergantung kepada permintaan dan kedapatan stok. Jika tiada kad manila, gunakan kad manila 6 syit.
            Kad Manila 6 syit / Vanguard

          • Digunakan untuk majalah yang tidak lengkap isunya (jilidan Sementara), surat khabar, naskhah kedua bagi buku di Koleksi Simpanan Khas, bahan fotostet atau laporan yang tebalnya melebihi 100 muka surat, bahan yang akan dijadikan bahan rujukan oleh pengguna Perpustakaan atau mengikut arahan peminta.
            Strawboard

          • Gunakan untuk majalah yang lengkap isu, buku dan surat khabar seperti New Straits Times/The Sunday Times, Utusan Malaysia/Mingguan Malaysia, BeritaHarian/Berita Minggu dan The Star/The Sunday Star atau bahan lain yang memerlukan jilidan penuh (Library binding)
          • Strawboard akan dibalut dengan kain “buckram” kecuali bagi surat khabar. Warna “buckram” yang digunakan adalah mengikut nombor kelas Library of Congress iaitu warna merah untuk bahan sains yang mempunyai nombor kelas Q–V, biru untuk bahan bukan sains yang mempunyai nombor kelas A-P,Z.
        IV.    PENGHANTARAN KE SYARIKAT SWASTA
            Kriteria Pemilihan
          • Syarikat yang berdaftar dengan Pendaftar Syarikat (ROC) atau Kementerian Kewangan.
          • Syarikat yang berkemampuan untuk member perkhidmatan yang memenuhi keperluan penjilidan (Library binding) seperti harga yang berpatutan, jilidan yang kemas dan lain-lain.