PANDUAN PEMERIKSAAN BAHAN MEDIA
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


PENGENALAN
Panduan ini disediakan untuk aktiviti pemeriksaan bahan media yang baru diterima bertujuan memastikan kualiti bahan. Bahan media yang perlu diperiksa merangkumi bahan-bahan seperti:-
    a.  CD (Compact Disc)
    b.  CD ROM
    c.  VCD (Video Compact Disc)
    d.  DVD (Digital Video Disc)
    e.  DVD-ROM
    e.  Pita video
    e.  Pita kaset
Melalui proses pemeriksaan ini bahan yang rosak dan tidak berfungsi boleh dikenalpasti sebelum pembayaran dilakukan.

KAEDAH PEMERIKSAAN
1.  Terima bahan dari Bahagian Perolehan atau dari koleksi Bahagian Perkhidmatan Media untuk dibuat pemeriksaaan berdasarkan kriteria seperti berikut:-

    i.  Judul pada casing sama dengan label bahan
    ii.  Tiada kerosakan fizikal seperti calar dan patah
    iii.  Kandungan bahan lengkap dan sempurna
    iv.  Kualiti gambar baik (jelas, tiada gangguan,lancar dan tidak terputus-putus)
    v.  Kualiti suara/audio baik
    vi.  Tiada fungus (Video kaset dan audio kaset)
    vii.  Fail boleh dibuka dan dibaca (CD-ROM, DVD-ROM dan disket)

2.  Bahan media yang telah diperiksa dan berkeadaan baik dilabelkan ‘OK’, bertandatangan dan bertarikh. Manakala bahan media yang didapati rosak dilabelkan ‘ROSAK’, bertandatangan dan bertarikh.

3.  Rekodkan status pemeriksaan pada buku rekod.


   Tindakan: Pustakawan /Pembantu Perpustakaan/Juruteknik, Bahagian Perkhidmatan Media