PANDUAN PERKHIDMATAN BAHAGIAN RUJUKAN DAN PENYELIDIKAN PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


1.   Tanggungjawab
    Bahagian Rujukan dan Penyelidikan bertanggungjawab memberi perkhidmatan rujukan dan membekalkan maklumat kepada pelanggan Perpustakaan dengan menyediakan perkhidmatan kaunter, perkhidmatan pendidikan pengguna dan perkhidmatan maklumat elektronik.
2.   Objektif
    a.  Memberi perkhidmatan kaunter dan rujukan yang berkualiti agar pengguna mendapat maklumat yang diperlukan.
    b.  Menyediakan perkhidmatan pendidikan pengguna yang berkesan agar tahap literasi maklumat pengguna dapat ditingkatkan.
    c.  Menyampaikan perkhidmatan maklumat elektronik yang cekap dan terkini agar pengguna memperolehi sumber rujukan yang diperlukan.
3.   Perkhidmatan
    3.1  Kaunter
    a.  Waktu operasi bermula dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang pada setiap hari bekerja.
    b.  Jadual bertugas di kaunter perlu melibatkan seorang staf sokongan dan/atau seorang Pustakawan Bahagian pada setiap giliran.
    c.  Berikut ialah tanggungjawab utama semasa bertugas di kaunter:
      • Menjawab pertanyaan am, rujukan dan runding cara
      • Mengambil statistik pertanyaan am.
      • Melayan aduan daripada pelanggan berkaitan pangkalan data. (PHS sahaja)
    3.2  Pertanyaan Rujukan dan Perundingan
    a.  Pertanyaan rujukan boleh diterima melalui pelbagai cara iaitu sama ada pelanggan datang sendiri ke Kaunter Rujukan, melalui telefon, e-mel atau cara-cara lain.
    b.  Setiap pertanyaan dan jawapan perlu direkod di dalam borang pertanyaan yang telah disediakan untuk tujuan pemantauan dan statistik.
    c.  Semua pertanyaan rujukan dan maklumat hendaklah dijawab mengikut norma masa yang telah ditetapkan bagi setiap jenis pertanyaan. Pada dasarnya, pertanyaan hendaklah dijawab mengikut giliran.
    d.  Semua pertanyaan rujukan dan maklumat hendaklah dijawab mengikut norma masa yang telah ditetapkan bagi setiap jenis pertanyaan. Pada dasarnya, pertanyaan hendaklah dijawab mengikut giliran.
    e.  Pertanyaan rujukan yang tidak dapat dijawab, kerana ketiadaan sumber maklumat di Perpustakaan, akan dirujuk ke perpustakaan lain. Tindakan susulan akan diambil untuk memperolehi bahan tersebut untuk pengguna.
    f.  Semua pertanyaan rujukan yang sensitif dan menyentuh dasar serta keselamatan negara hendaklah dikendalikan mengikut dasar, peraturan atau arahan pekeliling yang diterima pakai.
    3.3  Pendidikan Pengguna
    a.  Pendidikan pengguna perlu dijalankan bagi memperkenalkan kepada pelanggan tentang Perpustakaan dan koleksinya serta mendidik pelanggan berkenaan kaedah pencarian maklumat yang lebih efektif dan efisien.
    b.  Program-program yang dijalankan perlu mengikut keperluan semasa bagi pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan terutama dari segi perubahan teknologi dan trend terkini.
    c.  Program-program disediakan mengikut asas berikut:

        i. Kelas harian dan berjadual yang dibahagikan kepada dua jenis iaitu:
          • Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat (Am)
          • Bengkel Kemahiran Literasi Maklumat (Khusus)

        ii. Orientasi pelajar baharu:
          • Taklimat Perpustakaan Pelajar Prasiswazah
          • Taklimat Perpustakaan Pelajar Pascasiswazah
          • Taklimat Perpustakaan Pelajar Luar Negara
          • Bengkel Jom Cari Maklumat@Perpustakaan

        ii. Sokongan Penyelidikan:
          • Menyediakan program-program yang dapat membantu penyelidik khususnya menganalisa, menulis dan menerbitkan hasil penulisan mereka.
          • Berikut ialah program yang disediakan untuk kedua-dua Bengkel pada c (i) di atas:
              o Information Literacy Skills (Basic)
              o Information Literacy Skills (Advance)
              o EndNote
              o Mendeley
              o Open Access Publication
              o Google Scholar
              o Google Drive
              o Easy to Write With Microsoft Word
              o NVIVO

        iv. Promosi Perkhidmatan Perpustakaan
          • Taklimat Jerayawara ke Pusat Pengajian dan pusat penyelidikan
          • Hebahan melalui:
              o Media sosial
              o Laman sesawang
              o Poster/Brosur
    3.4  Maklumat Elektronik dan Data Penerbitan USM
    a.  Perkhidmatan Maklumat Elektronik dan Data Penerbitan USM merupakan perkhidmatan yang merangkumi penyediaan data penerbitan Universiti, pembekalan dokumen (artikel) dan laporan penggunaan pangkalan data dan buku elektronik.
    b.  Penyediaan data penerbitan Universiti dijalankan untuk memenuhi keperluan peringkat Universiti dan Nasional seperti penilaian kenaikan pangkat dan laporan penerbitan Universiti. Penilaian peringkat Nasional pula meliputi Penilaian Tapak untuk Pencapaian Univerisiti Penyelidikan (MyRA) dan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN).
        i. Data penerbitan yang disediakan adalah senarai penerbitan di dalam pangkalan data berindeks dan tidak berindeks, jumlah sitasi, quartile jurnal, kolaborasi dan h-index.
        ii. Data penerbitan perlu disediakan pada setiap dua bulan oleh staf bertanggungjawab dan data penerbitan yang lengkap akan diserahkan kepada Bahagian Pembangunan Institusi (BPI).
    c.  Perkhidmatan pembekalan dokumen (artikel) merupakan perkhidmatan yang dikhususkan kepada para penyelidik dalaman (USM) dan luaran (Ahli Perpun dan AUNILO) yang ingin mendapatkan artikel yang tidak dilanggan oleh Perpustakaan masing-masing.
        i. Permohonan untuk mendapatkan pembekalan dokumen dibuat melalui borang elektronik (di laman sesawang Perpustakaan).
        ii. Staf bertanggungjawab memberi maklum balas terhadap permohonan tersebut dalam tempoh 4 hari bekerja.
    d.  Laporan penggunaan pangkalan data dan buku elektronik disediakan untuk keperluan pihak pengurusan tertinggi Perpustakaan dan Universiti bagi menilai tahap penggunaan dan kos langganan.
        i. Penjanaan statistik penggunaan pangkalan data dan buku elektronik akan dibuat pada setiap bulan.
        ii. Jenis penggunaan yang diambil ialah jumlah muat turun, pencarian dan sesi.
4.   Pindaan Panduan
    Semakan Panduan Perkhidmatan Bahagian Sirkulasi akan dibuat berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua Pustakawan.
Pemilik Dasar ini Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Pegawai bertanggungjawab Ketua Pustakawan
Diperakukan oleh Akan dibawa ke Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Perpustakaan ke-115 pada 20 Februari 2018
Tarikh kuatkuasa 20 Februari 2018
Pihak yang boleh dihubungi untuk pertanyaan tentang Dasar ini Ketua Bahagian Rujukan

                 Ketua Pustakawan boleh mengambil tindakan pentadbiran yang sesuai untuk melaksanakan Dasar
                 ini agar selari dengan hasrat dan tujuan Dasar ini digubal dan dilaksanakan.