1. Tanggungjawab |
Bahagian Sirkulasi bertanggungjawab menyediakan dan memastikan perkhidmatan sirkulasi yang teratur, terkawal dan berkualiti bagi menyokong persekitaran pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan perundingan serta pembangunan insan Universiti. |
2. Objektif |
a. Memberi perkhidmatan pinjaman, pemulangan, pembaharuan, dan tempahan buku serta bahan media dengan cekap dan lancar (termasuk perkhidmatan pinjaman antara Perpustakaan). |
b. Mengurus kutipan wang denda dan sewaan dengan cekap dan sempurna. |
c. Mengurus rekod pengguna Perpustakaan supaya maklumat keahlian sentiasa terkini dan sempurna. |
d. Menyelenggara rak, kawasan bacaan awam dan kemudahan fizikal Perpustakaan dengan cekap dan sempurna. |
e. Menyusun semula buku dan bahan media di rak mengikut pengkelasan yang telah ditetapkan dengan betul dan tepat. |
3. Perkhidmatan |
|
a. Aktiviti rujukan kepada koleksi Perpustakaan hanya dibuat semasa Perpustakaan dibuka. |
b. Koleksi Rujukan hanya dirujuk semasa berada di dalam Perpustakaan. |
3.2 Pinjaman dan Pembaharuan |
a. Semua pelanggan yang berdaftar layak untuk membuat pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan. |
b. Proses pinjaman dan pembaharuan bahan Perpustakaan adalah tertakluk kepada Prosedur Pinjaman Bahan Perpustakaan dan Peraturan Pinjaman. |
c. Pinjaman bahan boleh diperbaharui sebanyak satu (1) kali sahaja sama ada melalui dalam talian atau di Kaunter Sirkulasi. Bahan yang sudah melebihi dari tarikh pemulangan dan telah ditempah tidak boleh diperbaharui. |
|
a. Pelanggan boleh membuat tempahan bahan yang masih dalam pinjaman pelanggan lain. |
b. Tempahan bahan boleh dilakukan secara terus melalui OPAC KRISALIS atau datang ke Kaunter Sirkulasi. |
c. Hanya satu (1) bahan sahaja yang boleh ditempah dalam satu masa. |
3.4 Pinjaman Antara Perpustakaan |
a. Pelanggan dibenarkan membuat pinjaman antara perpustakaan sekiranya bahan yang diperlukan tiada dalam koleksi Perpustakaan. |
b. Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan terdiri daripada Pinjaman Antara Perpustakaan Dalaman (dari USM), Pinjaman Antara Perpustakaan Luaran (kepada USM) dan Sistem Pembekalan Penerbitan (SPP). |
c. Permohonan dibuat melalui portal Perpustakaan, e-mel atau menggunakan borang yang disediakan. |
d. Perkhidmatan ini tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan dan bayaran akan dikenakan kepada pengguna sekiranya berkaitan. |
|
a. Panduan dan brosur disediakan dan dikemaskini dari semasa ke semasa untuk memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan yang terbaik daripada Perpustakaan. |
b. Pelanggan Perpustakaan boleh mendapatkan panduan/brosur ini sama ada secara dalam talian di http://lib.usm.my atau di i-Counter. |
4. Kemudahan |
|
Bilik Perbincangan disediakan untuk kegunaan pelajar dan penggunaannya adalah mengikut peraturan yang ditetapkan. |
4.2 Kawasan Bacaan 24 Jam |
Kawasan bacaan 24 jam dilengkapi dengan kemudahan WiFi yang disediakan untuk kegunaan pelanggan. |
|
Kemudahan Bilik Karel disediakan untuk sewaan kepada pelajar lanjutan dan staf akademik. |
4.4 Peti Simpanan (Lokar) |
a. Kemudahan peti simpanan (lokar) disediakan untuk pelanggan Perpustakaan. |
b. Kemudahan ini disediakan untuk pelanggan menyimpan barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam Perpustakaan. |
5. Peraturan Perpustakaan |
5.1 Peraturan Perpustakaan |
Peraturan Perpustakaan diwujudkan sebagai garis panduan kepada staf dan pelanggan bagi memastikan kelancaran perkhidmatan Perpustakaan. Peraturan ini boleh diakses melalui portal Perpustakaan di pautan http://www.pustaka.usm.my/. Berikut adalah maklumat yang terkandung di dalam Peraturan ini: |
|
b. Waktu Perkhidmatan Perpustakaan |
|
d. Penggunaan Perpustakaan |
|
f. Pinjaman Bahan Perpustakaan (termasuk denda lewat pemulangan bahan dan denda bahan hilang) |
5.2 Peraturan Pinjaman Perpustakaan |
Peraturan Pinjaman Perpustakaan diwujudkan sebagai garis panduan untuk mengetahui kelayakan pinjaman, tempoh pinjaman, penggunaan kemudahan Perpustakaan, denda lewat pemulangan bahan/kunci, dan denda menghilangkan bahan/kunci. |
6. Pindaan Panduan |
Semakan Panduan Perkhidmatan Bahagian Sirkulasi akan dibuat berdasarkan keperluan semasa setelah diarahkan oleh Ketua Pustakawan. |