PANDUAN PENERIMAAN PEROLEHAN BAHARU KOLEKSI MALAYSIANA DAN ARKIB
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA



    A.   PANDUAN PENERIMAAN PEROLEHAN BAHARU KOLEKSI MALAYSIANA DAN ARKIB

    Berikut ialah tindakan oleh Pembantu Pustakawan untuk penerimaan perolehan baharu bahan-bahan yang akan dimasukkan ke dalam Koleksi Malaysiana dan Arkib :

    1.   Terima bahan daripada Bahagian Pengkatalogan atau Bahagian Bersiri.

    2.   Isih bahan di atas troli mengikut jenis koleksi.

    3.   Bagi majalah ‘loose issue’, lakukan langkah-langkah berikut:
    a.  Pastikan nombor panggilan pada majalah dan SBDTP adalah sama.
    b.  Pastikan naskhah yang diterima adalah isu yang baharu.
    c.  Jika isu duplikat, catatkan ‘dup’ pada majalah dan serah kembali kepada Bahagian Bersiri.
    d.  Kenalpasti majalah untuk MBIB, hantar kepada Pustakawan untuk pengindeksan Mbib (Bibliografi Malaysia).
    e.  Susun majalah di atas rak berkenaan.

    4.   Bagi majalah berjilid, lakukan perkara-perkara berikut:
    a.  Semak rekod di dalam SBDTP
    b.  Pastikan semua maklumat adalah bertepatan dengan maklumat pada majalah, terutamanya nomobor panggilan dan lokasi.
    c.  Lakukan pengeditan (jika perlu).
    d.  Jika perlu pembetulan, isi Slip Bahan Bermasalah. Selitkan pada majalah dan hantar ke Bahagian Bahan Bersiri untuk tindakan pembetulan.
    e.  Jika tiada pembetulan, susun bahan di atas rak berkenaan.

    5.   Bagi buku, lakukan langkah-langkah berikut:
    a.  Semak rekod di dalam SBDTP
    b.  Pastikan semua maklumat adalah bertepatan dengan maklumat pada buku, terutamanya nombor panggilan dan lokasi.
    c.  Lakukan pengeditan (jika perlu).
    d.  Jika perlu pembetulan, isi Slip Bahan Bermasalah. Selitkan pada buku dan hantar ke Bahagian Pengkatalogan untuk tindakan pembetulan.
    e.  Jika tiada pembetulan, susun bahan di atas rak berkenaan.

    6.   Rekodkan statistik.

    B.   CARTA ALIRAN