PERATURAN PERPUSTAKAAN
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
PERATURAN PERPUSTAKAAN |
AM |
a. Semua pengguna Perpustakaan tertakluk kepada peraturan Perpustakaan. |
b. Semua staf Perpustakaan diberi kuasa untuk melaksanakan peraturan ini. |
c. Hanya pengguna yang mempunyai kad keahlian/kad matrik/surat kebenaran sahaja dibenarkan masuk ke Perpustakaan. |
d. Ketua Pustakawan berhak untuk menahan pengguna yang melanggar peraturan daripada menggunakan kemudahan Perpustakaan dan jika perlu, tindakan disiplin di bawah Kaedah-Kaedah Universiti Sains Malaysia (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999 akan dikenakan. |
WAKTU PERKHIDMATAN PERPUSTAKAAN |
a. Perpustakaan Hamzah Sendut 1 |
b. Perpustakaan Pusat Islam dan PTPM |
*Nota: Pada Bulan Ramadhan Perpustakaan akan ditutup dari jam 6:30 ptg dan dibuka semula pada jam 8:00 malam. (Tertakluk kepada pindaan) *Nota: Pada hari Jumaat Kaunter Perkhidmatan ditutup dari jam 12:00 tengahari hingga 2:45 ptg. |
Sebarang perubahan akan diberitahu melalui notis di papan kenyataan di pintu masuk Perpustakaan. Semua kaunter perkhidmatan pinjaman akan ditutup 30 minit sebelum Perpustakaan ditutup. Loceng amaran pertama dibunyikan 15 minit sebelum kaunter pinjaman ditutup, sementara loceng amaran kedua dibunyikan 15 minit sebelum Perpustakaan ditutup dan pengguna dikehendaki meninggalkan Perpustakaan. |
PERKHIDMATAN DAN KEMUDAHAN |
a. Kaunter Perkhidmatan Sirkulasi, Perpustakaan Hamzah Sendut 1 |
Pengguna boleh meminjam, mengembali dan membaharui buku dari rak terbuka melalui kaunter ini. Tempoh dan kelayakan pinjaman bahan-bahan Perpustakaan adalah seperti berikut: |
b. Perkhidmatan Rujukan dan Pencarian Maklumat |
Perkhidmatan ini mengendalikan pertanyaan dan membantu pengguna mendapatkan maklumat secara lebih berkesan. Pertanyaan boleh diajukan melalui telefon atau e-mel. |
PENGGUNAAN PERPUSTAKAAN |
1. Perpustakaan boleh digunakan oleh semua ahli Universiti seperti yang termaktub di dalam peraturan-peraturan Universiti. |
2. 2) Kemudahan pinjaman disediakan kepada semua ahli yang berdaftar dengan Perpustakaan seperti yang dibenarkan. (Staf, pelajar, Ahli Publik/Ahli MIDAS). |
3. Pelajar/staf hanya perlu membawa kad pelajar/staf untuk membolehkan mereka membuat rujukan di Perpustakaan Institut Pengajian Tinggi Awam lain di Malaysia. |
4. Pengguna yang berada di dalam Perpustakaan dikehendaki memakai Kad Keahlian/Kad matrik atau Kad Pelawat sekiranya berkenaan. |
5. Kad keahlian perpustakaan yang rosak atau hilang (keahlian publik/MIDAS), bayaran sebanyak RM20.00 (dua puluh ringgit Malaysia sahaja) akan dikenakan untuk membuat kad keahlian yang baru. Sekiranya kad matrik rosak atau hilang, Pelajar Sepenuh Masa hendaklah merujuk ke Unit Kemasukan Pelajar dan Pelajar Lanjutan ke Institut Pengajian Siswazah. |
6. Perpustakaan boleh memberi kebenaran kemudahan membaca kepada golongan yang tertentu. |
7. Semua pengguna hendaklah mengiringi anak-anak mereka yang berada di bawah umur 12 tahun. |
PERILAKU PEMBACA |
1. Pengguna tidak dibenarkan menggunakan kad keahlian pengguna lain. |
2. Perbuatan menyorok bahan Perpustakaan adalah satu kesalahan. |
3. Pengguna hanya dibenarkan membawa beg tangan, komputer riba dan bahan bacaan ke dalam Perpustakaan. Barang-barang lain hendaklah diletakkan di lokar yang disediakan di luar Perpustakaan atas tanggungjawab sendiri. |
4. Kerusi, meja dan perabot Perpustakaan tidak boleh dipindahkan dari tempat asalnya. |
5. Pengguna yang didapati merosakkan mana-mana harta kepunyaan Perpustakaan akan dikenakan tindakan yang sewajarnya. |
5. Telefon bimbit mesti ditutup atau dipasangkan kepada mod senyap ketika berada di dalam Perpustakaan. |
7. Pengguna tidak dibenarkan makan semasa berada di dalam Perpustakaan. |
8. Pengguna tidak dibenarkan membuat bising ketika berada di dalam Perpustakaan. |
9. Barang kepunyaan pengguna yang tertinggal semasa Perpustakaan ditutup boleh disemak di meja Penasihat Pembaca. Barang akan diserahkan kepada Jabatan Keselamatan selepas seminggu. Perpustakaan tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan dan kerosakan barang-barang persendirian. |
10. Pengguna perlu menunjukkan semua bahan kepada staf yang bertugas di pintu keluar bagi tujuan pemeriksaan semasa hendak keluar dari Perpustakaan. |
11. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar apa-apa bahan Perpustakan tanpa pinjaman yang sah. |
12. Pengguna tidak dibenarkan membawa keluar buku/bahan yang telah melewati tarikh pemulangannya. |
13. Pengguna mesti mematuhi kod pakaian yang telah ditetapkan oleh Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar Universiti Sains Malaysia. |
14. Pengguna dinasihatkan supaya menyemak rekod pinjaman melalui laman web Perpustakaan (www.lib.usm.my). |
15. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di dalam bahagian ini akan dikenakan satu atau lebih daripada tindakan tatatertib di bawah: |
15. Pengguna yang tidak mematuhi mana-mana peraturan di dalam bahagian ini akan dikenakan satu atau lebih daripada tindakan tatatertib di bawah: |