PERATURAN PINJAMAN DAN PEMULANGAN BAHAN MIKROBENTUK
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


PROSEDUR PINJAMAN BAHAN MIKROBENTUK

1.   Dapatkan nombor mikrofom dari KRISALIS (Katalog Perpustakaan USM).

2.   Isikan slip permintaan yang disediakan di Bilik Perkhidmatan Mikrobentuk dan serahkan pada staf bertugas untuk pencarian bahan.

3.   Isikan butir-butir yang diperlukan pada buku ‘Buku Rekod Pinjaman dan Pemulangan Mikrobentuk’yang disediakan di Bilik tersebut.

4.   Serahkan kad keahlian/ surat kebenaran pada staf bertugas di Bilik Perkhidmatan Mikrobentuk.

5.   Bahan dirujuk menggunakan mesin bacaan yang disediakan di hadapan Bilik Perkhidmatan Mikrobentuk.

6.   Maklumkan staf jika memerlukan sebarang bantuan menggunakan mesin bacaan mikrofom yang disediakan.

7.   Maklumkan juga jika ada dokumen yang ingin dimuat turun kepada staf yang bertugas. Perkhidmatan ini akan dicaj mengikut kadar yang ditetapkan. (MIKROFILEM SAHAJA)


PROSEDUR PEMULANGAN BAHAN MIKROBENTUK

1.   Bahan yang telah siap dirujuk perlu diserahkan kepada staf di Bilik Perkhidmatan Mikrobentuk.

2.   Isikan butir pemulangan dan tandatangan pada ‘Buku Rekod Pinjaman dan Pemulangan Mikrobentuk’.

3.   Ambil semula kad keahlian atau dokumen berkaitan yang diserahkan pada waktu pinjaman.