PANDUAN PENASIHAT PEMBACA
PERPUSTAKAAN UNIVERSITI SAINS MALAYSIA


1.   Jadual Tugas Giliran & Kehadiran Staf

    Jadual Tugas Kaunter Sirkulasi, Pintu Masuk/Keluar PHS1 dan PHS disemak untuk memastikan kehadiran staf.
    Pustakawan yang bertugas giliran, rekodkan kehadiran staf di dalam Buku Log Penasihat Pembaca. Penasihat Pembaca bertanggungjawab memastikan perkhidmatan di Kaunter tidak terjejas.
    Rujuk : Fail Jadual Tugas Giliran (Meja Penasihat Pembaca)
2.   Catatan Di Buku Log Penasihat Pembaca

    Perkara-perkara mengenai perkhidmatan dan penggunaan Perpustakaan yang tidak dapat diselesaikan dan memerlukan tindakan selanjutnya dicatatkan di dalam Buku Log Penasihat Pembaca untuk perhatian Bahagian Sirkulasi.
3.   Pertanyaan Sirkulasi

    Borang Rekod Pertanyaan Sirkulasi disediakan untuk Penasihat Pembaca merekodkan jenis pertanyaan yang telah ditetapkan di dalam borang berkenaan.
4.   Bahan Tidak Dapat Dikesan

    Masalah mengenai bahan yang tidak dapat dikesan direkodkan dalam Borang Pencarian oleh pengguna dan disemak oleh Penasihat Pembaca.
    Rujuk : Panduan Penyelesaian Masalah di Kaunter
5.   Panduan Penyelesaian Masalah Di Kaunter

    Rujuk Panduan Penyelesaian Masalah Di Kaunter sekiranya Penasihat Pembaca menghadapi masalah berkaitan dengan sistem SBDTP dan perkhidmatan sirkulasi.
6.   Maklumat Semasa Perkhidmatan Perpustakaan

    Maklumat semasa mengenai perkhidmatan Perpustakaan terdapat di dalam Fail Harian Bahagian Sirkulasi
7.   Denda

    Semak rekod Pengguna dalam “Patrons” dan Fail Buku Hilang untuk mengetahui harga buku berkenaan. Bayaran denda kehilangan buku hanya dilakukan pada waktu pejabat sahaja. Sekiranya tiada nama pengguna berkenaan di dalam fail tersebut, cetak rekod pinjaman pengguna (melalui Patron Checkouts) untuk dihantar ke Bahagian Perolehan (letakkan cetakan tersebut di dalam Buku Log Penasihat Pembaca)
    Rujuk : Panduan Penyelesaian Masalah Di Kaunter
8.   Laporan Insiden di Perpustakaan

    Borang Laporan Insiden di Perpustakaan (oleh Pelajar/Pengguna) diisi oleh Pelajar/Pengguna yang didapati melanggar peraturan Perpustakaan. Borang tersebut perlu dikepilkan bersama Borang Laporan Insiden di Perpustakaan yang ditulis dan ditandatangani oleh Penasihat Pembaca yang bertugas.
9.   Pembaharuan Buku Melalui Telefon

    Rekodkan pembaharuan buku (ahli Akademik, Pelajar Pendidikan Jarak Jauh, MIDAS dan Publik) di dalam Buku Rekod Pembaharuan Pinjaman sekiranya ada permintaan oleh pengguna melalui telefon atau e-mel.
10.   SBDTP Tergendala

    Hubungi Bahagian Automasi dan letakkan notis “Sistem Tergendala” di kaunter berkenaan. Rujuk No. Telefon/Alamat Penting Untuk Penasihat Pembaca di dalam Buku Log Penasihat Pembaca untuk menghubungi Pegawai yang berkenaan sekiranya SBDTP tergendala selepas waktu pejabat.
11.   Pinjaman Bahan Mikrobentuk (BMA)

    Pinjaman bahan mikrobentuk selepas waktu pejabat perlu mendapat kebenaran Penasihat Pembaca. Peminjam hendaklah merekodkannya di Buku Rekod Pinjaman Bahan Mikrobentuk dan meninggalkan kad pelajar dalam kotak yang disediakan.
12.   Peraturan Pinjaman

    Rujuk Peraturan Pinjaman yang terdapat di Meja Penasihat Pembaca untuk sebarang maklumat mengenai pinjaman bahan-bahan Perpustakaan.
13.   Kotak Pemulangan Buku

    Pembantu Operasi yang bertugas giliran di Kaunter Pintu Masuk akan mengutip buku yang dipulangkan melalui Kotak Pemulangan Buku dan merekodkannya di dalam Fail Statistik Kotak Pemulangan Buku serta disahkan oleh Penasihat Pembaca yang bertugas. Buku perlu diimbas oleh Pembantu Perpustakaan yang bertugas di Kaunter Sirkulasi dengan menggunakan ID yang dikhaskan (ID: KOTAK)sebaik sahaja diterima.
14.   Loceng Kecemasan

    Penasihat Pembaca perlu menghubungi Jabatan Keselamatan sekiranya loceng kecemasan berbunyi untuk menyiasat punca kejadian tersebut.
15.   Penutupan Perpustakaan

    Borang Pemeriksaan Sebelum Menutup Perpustakaan perlu diisi oleh Penasihat Pembaca dan staf yang bertugas giliran semasa hendak menutup Perpustakaan.
16.   Barang Yang Dijumpai

    Laci 1 disediakan untuk menyimpan barang yang dijumpai oleh Pengguna atau Staf di dalam Perpustakaan. Sila pastikan Laci 1 berkunci setiap masa.
17.   Lawatan daripada Pengguna Luar

    Perpustakaan hanya melayani pengguna luar yang mempunyai surat kebenaran lawatan ke Perpustakaan sahaja.
18.   Rekod Pergerakan staf

    Rekod pergerakan staf disediakan untuk staf yang bertugas giliran mencatat masa rehat dan masa kembali bertugas. Penasihat Pembaca perlu memastikan setiap staf mencatat masa mereka di dalam buku tersebut.
19.   Kemudahan Membaca

    Perkhidmatan Kemudahan Membaca hanya diberikan kepada pelajar IPTA untuk tempoh maksimum selama 3 hari (kali pertama). Pelajar perlu membawa Kad Matrik atau Surat lawatan beserta salinannya dari Perpustakaan berkenaan.
    Pas Pelawat akan diberikan oleh petugas di pintu masuk Perpustakaan dan Cop kemudahan membaca oleh Penasihat Pembaca yang bertugas. Pelajar hanya dibenarkan membuat rujukan/fotokopi bahan di Rak Terbuka sahaja.
20.   Borang Permintaan Bahan Dalam Urusan

    Borang Permintaan Bahan Dalam Urusan disediakan untuk pengguna yang ingin mendapatkan bahan yang belum diproses di Bahagian Proses Teknik. Penasihat Pembaca perlu menyemak rekod bahan tersebut dan mengisi ruangan yang disediakan. Letakkan borang tersebut di dalam Buku Log Penasihat Pembaca untuk tindakan selanjutnya.