26 Jun 2023 (Isnin)
8.30 pagi
Bilik Mesyuarat, Perpustakaan Hamzah Sendut 1
Satu mesyuarat di antara Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dan National Library Board (National
Library of Singapore) telah diadakan pada 26 Jun 2023 (isnin) di Perpustakaan Hamzah Sendut 1.
Mesyuarat ini telah dipengerusikan oleh Puan Radia Banu Jan Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan yang telah mewakili Ketua Pustakawan, Perpustakaan USM. Mesyuarat ini membincangkan kerjasama di antara National Library of Singapore dan Arkib USM, Perpustakaan Hamzah Sendut dalam ‘Projek Arkib Datuk Seri Lim Chong Keat’.
Maklumat berkaitan Datuk Seri Lim Chong Keat boleh diakses di pautan berikut:
Datuk Seri Lim Chong Kiat (1930 – ) — Docomomo Singapore
Mesyuarat telah dihadiri oleh:
Perpustakaan Universiti Sains Malaysia
Puan Radia Banu Jan Mohamad, Timbalan Ketua Pustakawan
Encik Nor Azan Ibrahim, Ketua Arkib USM
Puan Fujica Azura Fesal, Pustakawan Kanan, Arkib USM
Puan Noor Azlinda Wan Jan, Pustakawan Kanan, Arkib USM
Encik Mohd Fuad Haron, Pustakawan Kanan, Arkib USM
Puan Nor Azliza Ayob, Penolong Pustakawan, Arkib USM
National Library Board
Ms Janice Low, Librarian, NL Collections (SingSEA), National Library of Singapore
Ms Wong Siok Muoi, Assistant Director, Donors Engagement, National Library of Singapore
Ms Lee Mei Chen, Senior Manager, Donors Engagement, National Library of Singapore
Puan Kamariah Abu Samah
Kerjasama ini diharapkan akan dapat memperkayakan ilmu pengetahuan dengan perkongsian maklumat dan kemahiran agar maklumat bernilai sejarah akan terus dipelihara dan tidak lenyap ditelan zaman.
Disclaimer
USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.
Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved