Universiti Sains Malaysia Library 

  • Home
  • News
  • PERPUSTAKAAN USM TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

PERPUSTAKAAN USM TERIMA LAWATAN PENANDA ARAS DARI UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU

USM PULAU PINANG, 26 Mei 2023 - Perpustakaan Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menerima lawatan penanda arasan dari Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, Universiti Malaysia Terengganu (PSNZ).
Delegasi PSNZ seramai 29 orang diketuai oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan, Ahmad Abd Rahim Alias, telah disambut oleh Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan USM, Arinawati Ayob, bersama-sama dengan beberapa ahli pengurusan tertinggi yang lain. Sesi yang telah berlangsung selama dua jam itu menyaksikan perkongsian idea dan pengalaman dalam menyedia serta menguruskan perpustakaan akademik yang
terbaik.

Timbalan Ketua Pustakawan Kanan Perpustakaan USM, Arinawati Ayob berharap lawatan penanda arasan hari ini akan membuka jaringan kerjasama antara dua pihak di masa akan datang. Delegasi PSNZ turut dibawa meninjau fasiliti yang ditawarkan di sekitar Perpustakaan USM.
 
May be an image of 4 people, dais and text that says "USM MALAYSIA UNIVERSITI 1 PERPUSTAKAAN Lawatan Penanda Aras Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah Ke Perpustakaan USM www.lib.usm.my phsusm phsusm usmlibrary_officia usm library tv"May be an image of 2 people, dais and textMay be an image of 9 people, people studying, chess, children's toy and hospital

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics