Universiti Sains Malaysia Library 

Vision & Mission

Visi

“Menjadi pemangkin ke arah perkembangan ilmu, kesarjanaan dan pendidikan sepanjang hayat untuk perkembangan lestari.”

Misi

“Menjadi sebuah Perpustakaan Akademik dan Perpustakaan Penyelidikan yang mempunyai sumber bernilai dan memberi perkhidmatan yang berkualiti untuk menyokong Universiti Sains Malaysia sebagai pusat kecemerlangan dalam pengajaran, pembelajaran, penyelidikan, perundingan dan pembangunan insan serta menyumbang ke arah kemajuan ilmu.”

Nilai Jati Perpustakaan

BERILMU, AMANAH, PROGRESIF

Dasar Kualiti

“Beriltizam memberi perkhidmatan yang cemerlang bagi memenuhi keperluan dan kepuasan pihak yang berkepentingan melalui program penambahbaikan yang berterusandengan mematuhi peraturan yang ditetapkan.”

OBJEKTIF KUALITI PERPUSTAKAAN

  • Memproses bahan perolehan baharu dalam tempoh 40 hari bekerja dari tarikh penerimaan; dan tarikh pemilihan bagi bahan hadiah.
  • Memuat naik bahan pendigitalan ke sistem repositori dalam tempoh 2 hari bekerja selepas proses penyuntingan.
  • Memenuhi pertanyaan rujukan dan runding cara dalam tempoh 4 hari bekerja.
  • Memastikan Program Pendidikan Pengguna dan Sokongan Penyelidikan mencapai 85% tahap kepuasan hati peserta.
  • Menyelesaikan aduan pelanggan dalam tempoh 7 hari bekerja.
  • Menyusun semula buku yang telah digunakan dalam tempoh 2 hari bekerja.
  • Memberi maklum status permohonan Pinjaman Antara Perpustakaan kepada pengguna dalam tempoh 2 hari bekerja.
  • Memenuhi pencarian maklumat rujukan Malaysiana dan Arkib dalam tempoh 5 hari bekerja.
  • Melakukan proses verifikasi data penerbitan (manual entry) dalam tempoh 20 hari selepas data dimuat naik mengikut format yang ditetapkan.
  • Mengambil tindakan terhadap aduan kerosakan peralatan komputer dalam tempoh 20 minit selepas aduan diterima.

PIAGAM PELANGGAN

Kami beriltizam untuk memastikan;

  • Penyampaian perkhidmatan yang profesional dalam persekitaran kondusif dan mesra pelanggan.
  • Kemudahan dan infrastruktur yang disediakan adalah bersesuaian bagi memenuhi kepuasan optima pelanggan.
  • Sistem perpustakaan dapat diakses dengan mudah, cepat dan tepat.
  • Bahan sumber maklumat dan data penerbitan yang disediakan kepada pelanggan mematuhi piawaian dan format yang ditetapkan.
  • Pendigitalan bahan dilaksanakan dengan lengkap, menepati piawaian serta dapat diakses dengan mudah, cepat dan tepat.
  • Bahan perpustakaan yang dipinjam atau dikembalikan diimbas dan direkodkan dengan tepat dan betul.
  • Perkhidmatan rujukan dan runding cara yang diberikan adalah berkualiti bagi menyokong aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penyelidikan.
  • Program Pendidikan Pengguna Perpustakaan dan Sokongan Penyelidikan dijalankan secara berjadual dan atas permintaan bagi memenuhi keperluan maklumat pengguna.
  • Semua maklum balas dan aduan kerosakan yang diterima daripada pelanggan diberi perhatian dan diambil tindakan sewajarnya.
  • Aktiviti libat sama antara perpustakaan dengan pihak luar dan khidmat masyarakat dijalankan secara berterusan

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

Web Analytics