Universiti Sains Malaysia Library 

Corporate social responsibility

Program Pemindahan Ilmu dan Khidmat Masyarakat di Akademi Darul Iftak

Akademi Darul Iftak adalah pusat pengajian Islam yang diasaskan oleh Ustaz Wadi Mohamad Annuar bin Ayub, seorang penceramah bebas yang sangat dekat di hati rakyat Malaysia. Hari ini, Perpustakaan USM berkongsi kepakaran untuk membangunkan Sistem Bersepadu bagi Pusat Sumber Akademi Darul Iftak, menjalankan kerja-kerja pengurusan koleksi merangkumi aktiviti pengkatalogan, pengkelasan dan penyusunan semula bahan bacaan. Pasukan sukarelawan turut memberikan latihan untuk meningkatkan kepakaran Guru Pusat Sumber berkaitan Kaedah Pengurusan Terbaik Pusat Sumber.

Perpustakaan USM Bantu Bangunkan Sistem Pusat Sumber Bersepadu Untuk Sekolah

Perpustakaan USM meneruskan inisiatif untuk menjalankan khidmat sosial masyarakat memperkasakan perpustakaan dan pusat sumber sekolah. Terbaharu, pasukan Pemindahan Ilmu dan Khidmat Masyarakat Perpustakaan USM telah membantu membangunkan sistem pusat sumber bersepadu (PSS) bagi Sekolah Kebangsaan Padang Menora (SKPM). Menurut Guru Besar, Ashri Abdullah, pusat sumber SKPM mempunyai koleksi dan kemudahan yang sangat memuaskan namun belum mampu melanggan sistem komersial kerana memerlukan peruntukan yang agak besar. "Pihak sekolah sangat bersyukur menerima bantuan daripada Perpustakaan USM ini kerana ia membantu melengkapkan pusat sumber SKPM dan memudahkan operasi pusat sumber kelak," tambahnya. Pasukan tersebut diketuai oleh Pustakawan Kanan, Asma Wati Ibrahim bersama beberapa lagi sukarelawan yang terdiri daripada kakitangan Perpustakaan USM dengan kepakaran berbeza. Sistem yang disediakan untuk SKPM dibangunkan menggunakan perisian sumber terbuka yang mempunyai fungsi lengkap untuk menguruskan koleksi dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan pusat sumber sekolah tersebut. Selain instalasi sistem, pengawas pusat sumber sekolah tersebut turut diberikan latihan berkaitan pengurusan terbaik pusat sumber.

Perpustakaan USM Dekati Pelajar Orang Asli Melalui Program Khidmat Masyarakat & Pemindahan Ilmu

Seramai 18 orang sukarelawan Perpustakaan USM terdiri daripada staf Perpustakaan Induk dan IPPT telah menjalankan program khidmat masyarakat bagi menaik taraf Pusat Sumber Sekolah Kebangsaan Pos Kuala Mu, Sungai Siput, Perak pada 6-8 Disember 2022. Program yang dijalankan selama 3 hari 2 malam tersebut bertujuan untuk menyokong pengembangan masyarakat celik ilmu di kalangan pelajar sekolah rendah orang asli di perkampungan Kuala Mu. Aktiviti yang dijalankan adalah termasuk: I) Sumbangan rak dan bahan bacaan II) Dekorasi luaran dan susun atur dalaman III) Pengkelasan dan penyusunan semula bahan bacaan IV) Instalasi dan ‘customisation’ Sistem dan latihan penggunaan V) Taklimat Pengurusan Terbaik Perpustakaan kepada Pengawas Pusat Sumber Melalui program ini, Perpustakaan USM berhasrat dapat membantu menyediakan pusat sumber sekolah atau perpustakaan komuniti yang kondusif dan selesa yang dilengkapi bahan bacaan terbaik kepada golongan terkebawah.

Disclaimer

USM Library will not be responsible for any loss or damage caused by the use of any information obtained from this website.

Contact Us

Hamzah Sendut Library, Universiti Sains Malaysia, 11800, Penang, Malaysia

Tel : +604 - 653 3720 
Fax : +604 - 654 2508
Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. | 


Universiti Sains Malaysia Library © 2023
All Rights Reserved

  • Last Modified: Friday 25 April 2025.
Web Analytics