UCAPAN PENGHARGAAN, TERIMA KASIH DAN SELAMAT BERSARA
Pengurusan Tertinggi Perpustakaan dan seluruh warga Perpustakaan USM merakamkan sekalung penghargaan dan terima kasih buat Encik Mohd Nasir Hj Md Rashid yang akan bersara hari ini setelah menabur jasa bakti kepada Perpustakaan lebih 30 tahun.
Semoga Allah memberikan kesihatan yang baik, kebahagiaan dan ketenangan buat beliau sehingga ke akhirat sana.
Perigi tuan semak siratan,
Ukur tali nampak serupa;
Pergi tuan semarak ingatan,
Luhur budi tidak dilupa.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
Luhur budi tidak dilupa.
Tuai padi tinggal jerami,
Mega petang amat redup;
Dunia persaraan tuan alami,
Moga tenang nikmati hidup.
InsyaAllah, panjang usia kita berjumpa lagi.

